2020 NEWS

 

10 September 2020

CyberSecurity Malaysia (CSM) Dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) Rangkul Anugerah Antarabangsa Di Geneva


PUTRAJAYA (10 SEPTEMBER 2020) – Malaysia menerima pengiktirafan dunia apabila CyberSecurity Malaysia (CSM), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah dinobatkan sebagai pemenang atau Project Winner menerusi projek bertajuk Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme: Centre of Excellence for Capacity Building and Lifelong Learning bagi Kategori 5 - ‘Building Confidence and Security in Use of ICTs’. Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diumumkan sebagai Project Champion menerusi projek Klik Dengan Bijak bagi Kategori 17 – ‘Ethical Dimensions of the Information Society’. Kategori yang dimenangi ini adalah daripada 18 kategori yang dipertandingkan di Forum World Summit on the Information Society Prizes (WSIS Prizes) 2020 yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

.....